Imbas Kembali : Nokia 6600, Peranti Pilihan Hero Para Gadis

Nokia sememangnya terkenal dengan menghasilkan telefon yang mempunyai rekaan yang menarik suatu ketika dahulu. Antara peranti Nokia yang amat popular dengan rekaannya yang unik ialah Nokia 6600.



Dilancarkan pada Jun 2003, Nokia 6600 dilihat mempunyai reka bentuk yang moden jika dibandingkan dengan peranti yang ada ketika itu.

Hadir dengan skrin bersaiz 2.1 inch dengan 130ppi. Ia boleh dianggap saiz yang agak besar bagi skrin sebuah telefon pada ketika itu.

Ia juga mempunyai fungsi Bluetooth 1.1 di mana ia merupakan suatu inovasi terbaru pada telefon ketika itu kerana kebanyakan peranti menggunakan fungsi inframerah.



Dari segi kamera pula, Nokia 6600 hadir dengan kamera VGA bersaiz 0.3MP di mana ia mampu untuk membuat rakaman video. Peranti ini juga mempunyai memori dalaman 6MB dan menyertakan slot Kad memori MMC.

Dilengkapi dengan nada dering polifonik, ia merupalan trend terbaru ketika itu kerana kebanyakan peranti hanya mempunyai nada dering polifonik. Bagi saiz bateri pula ia dilengkapi bateri Li-Ion 850mAh.



Di Malaysia, Nokia 6600 dilihat amat popular dan ia digelar dengan nama yang agak unik iaitu “Nokia Sabun” mungkin kerana reka bentuknya yang bujur seakan sabun buku.

Peranti ini juga menjadi popular kerana digunakan oleh beberapa hero pujaan ramai ketika itu antaranya Dimaz Andrean yang memegang watak Ferdi dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih dan pernah digunakan oleh Jericho Rosales dalam Sana Y Wala Nang Wakas yang amat popular ketika itu.

Sumber : Cnet