Ikuti kami di media sosial

Berita

Imbas Kembali : Nikon D90, Kamera Lagenda Yang Masih Menjadi Pilihan Pengguna

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Nama Nikon D90 pasti sudah tidak asing lagi dalam kalangan jurufoto mahupun penggemar fotografi di seluruh dunia.

Dilancarkan pada Ogos 2008, Nikon D90 yang juga sebuah DSLR Semi-Pro telah menggantikan DSLR sebelumnya iaitu Nikon D80 yang dilancarkan pada tahun 2006.

Hadir Dengan Beberapa Spesifikasi Yang Menarik.

Setelah pelancaran DSLR kelas permulaan iaitu Nikon D60 yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan D80, pelancaran D90 dilihat telah mengembalikan status kamera Semi-Pro.

-- Iklan --

Nikon D90 hadir dengan lensa 12.3 MP CMOS Sensor dan mampu mencapai 6400 maksimum ISO. Ia juga mempunyai sistem auto fokus 11 point berbanding Nikon D60 yang hanya mempunyai 3 point sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan skrin LCD Live View yang bersaiz 3 inch dan mempunyai “self cleaning sensor” yang akan membuatkan pengguna tidak perlu risau akan habuk.

DSLR Pertama Yang Boleh Membuat Rakaman Video.

Nikon D90 juga merupakan DSLR pertama yang boleh membuat rakaman video. Dipanggil dengan nama “Movie Mode”, ia mampu membuat rakaman video 1,280X720p 24fps dan telah memberi impak kepada HD camcorders.

Masih Digunakan Sehingga Ke Hari Ini.

Selepas 11 tahun pelancarannya, Nikon D90 masih menjadi pilihan para pengguna terutamanya para pelajar dan juga para pengguna kelas permulaan.

Ini kerana, ia mampu menghasilkan imej dan video yang berkualiti seperti DSLR kelas permulaan yang baru dan para pengguna boleh mendapatkannya di pasaran dengan harga bawah RM 1,000.

Sumber : techradar, Cnet

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular