iMac Pro Terbaru Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan, Harga Dari RM20,999

Jun yang lalu, Apple ada membuat kenyataan bahawa iMac Pro bakal dilancarkan pada bulan Disember. Menerusi laman Apple Store, ia sudah mula terpapar membawa maksud penawarannya sudah pun bermula.

Harga yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia bermula dari RM20,999 dan berbeza mengikut spesifikasi pilihan. Berikut merupakan spesifikasi ringkas iMac Pro yang dikatakan sebagai siri Mac paling berkuasa pernah dikeluarkan.

  • Skrin berukuran 27 inci dengan 5K paparan Retina

  • Pemproses Intel Xeon 8/10/18 teras

  • RAM 32GB

  • SSD 1TB

  • GPU Radeon Vega


Layari Apple Store Malaysia untuk maklumat lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=XPIrnAcmCSk