Ikuti kami di media sosial

Ulasan

Illegear Rogue; Sebuah Komputer Riba Serba Boleh Dengan Skrin Besar & Spesifikasi Padu

Zacky Venge

Ditulis

pada

Illegear sebuah pengeluar komputer riba yang boleh diubahsuai mempunyai tawaran produk komputer dari komputer riba sehingga desktop yang boleh diubahsuai mengikut kehendak anda.

Ulasan kami pada hari ini adalah berkenaan siri Rogue mereka yang menampilkan skrin paparan 17.3”. Rogue dipasarkan bagi mereka yang mahukan prestasi desktop di dalam sebuah komputer riba. Komputer riba ini menggabungkan spesifikasi terkini dengan chasis komputer riba nipis untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana.

Perkara pertama yang korang perasan adalah komputer riba ini adalah bersaiz besar kerana saiz paparannya. Skrin 17.3” resolusi penuh ini menggunakan panel IPS dengan sRGB 100% dan juga teknologi INFINIVISION Bezel-less yang secara lahiriah menampakkan paparan yang lebih moden dan penghasilan warna yang lebih tepat. Bukan itu sahaja, kadar penyegaran sehingga 144Hz membantu sebarang ulang semula video dan permainan FPS menjadi lancar.

Rogue 2019 menggunakan cip pemprosesan yang berkuasa dari Intel iaitu Intel® Core™ i7-9750H yang diketahui sebagai cip pemprosesan komputer riba yang premium. Cip yang dikunci pada 2.6GHz dan boleh dinaikkan sehingga 4.5GHz membantu memainkan perisian-perisian berat seperti penyuntingan gambar dan video serta permainan AAA yang terbaru.

Bagi bahagian pemprosesan grafik pula, Rogue menggunakan kad pemprosesan dari NVIDIA GeForce® GTX 1660 Ti. Kad grafik yang memberikan prestasi yang lebih baik dari NVIDIA GTX 1060 dan lebih efisien dari NVIDIA GTX 1070 membuatkan kombinasi cip pemprosesan komputer dan grafik ini adalah antara yang terbaik di dalam pasaran.

Kapasiti RAM berada pada 16GB dan menyokong dua saluran dari jenis DDR4. Kapasiti maksimum yang disokong oleh Illegear Rogue adalah sehingga 32GB. Untuk ruang storan pula, storan dari jenis SSD PCIe M.2 berkapasiti 512GB membantu sebarang tugas yang dilaksanakan menjadi lancar. Bukan itu sahaja, Illegear Rogue turut boleh disertakan dengan storan cakera keras Seagate Barracuda 2.5 inci berkapasiti 1TB bagi mereka yang mahukan ruang storan yang besar dan pantas.

Illegear Rogue menampilkan papan kekunci RGB dengan 4 zon warna yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk mencorakkan ruang kerja atau permainan dengan perisian Illegear Command Centre mereka. Melalui perisian ini, pengguna boleh memantau prestasi kedua-dua cip pemprosesan CPU dan grafik dan masuk ke mod turbo untuk prestasi optimum sepanjang masa. Selain itu, butang mod turbo disertakan di sebelah butang power untuk capaian mudah.

Bicu I/O yang disediakan adalah dari jenis 1 HDMI 2.0, 2 mini Displayport 1.4, 1 USB 3.1 Gen 1 (Type-C) 2 USB 3.1 Gen 1, 1 USB 2.0, 1 Headphone Out, 1 Mic-in, 1 RJ-45 LAN (10/100/1000Mbps) dan juga 1 DC-in. Turut disertakan adalah SD Card Reader yang sangat membantu kepada mereka yang menggunakan kad SD dalam urusan kerja mereka.

Habis bercakap mengenai perkakasan dan perisian, kini kita beralih kepada prestasinya pula. Illegear Rogue ini boleh dikatakan komputer riba serba boleh jika dilihat dari spesifikasinya. Ini kerana kuasa pemprosesan yang ditawarkan untuk kerja-kerja penyuntingan adalah cukup memadai. Dengan skrin besar 17.3” dan juga paparan 100% sRGB membuatkan kerja-kerja penyuntingan video dan gambar menjadi lebih mudah.

Tidak habis di situ, prestasi untuk permainan juga cukup meyakinkan. Kami bermain permainan bergenre e-Sukan seperti Dota 2, LOL (League of Legends), CS:GO dan Fortnite dan prestasi yang dialami kami cukup memuaskan.

Sebagai contoh, jika mengambil dari segi kiraan FPS (frame per second); Dota 2 memberikan sehingga 113 fps untuk tetapan maksimum. Begitu juga dengan LOL yang memberikan sehingga 240 fps untuk tetapan maksimum. Untuk permainan FPS (first person shooter) pula; CS:GO memberikan sehingga 153 fps manakala Fortnite mencapai sehingga 114 fps dengan tetapan Epic.

Dengan pengalaman kami melakukan kerja-kerja penyuntingan dan bermain menggunakan Illegear Rogue ini dapatlah dirumuskan yang peranti ini adalah peranti serba boleh yang menggabungkan kedua-dua aspek kerja dan permainan menjadi satu. Dibantu dengan rekaan chasis yang nipis dan juga ringan membolehkan Illegear Rogue dibawa ke mana-mana dengan mudah. Seperti yang kami nyatakan pada awal tadi, anda boleh tentukan spesifikasi anda sendiri untuk Illegear Rogue ini dan harga bergantung kepada spesifikasi yang ditetapkan. Untuk spesifikasi seperti yang kami dapat ini, ia berharga dalam lingkungan RM 5,499.00  . Ia juga didatangkan Illegear Luxury Box yang tampak mewah dan cantik. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang ILLEGEAR Malaysia.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular