Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Illegear Onyx V Dan Rouge Dengan Cip AMD Ryzen 4000 Ditawarkan Bermula RM3,499

Posted on Jun 3, 2020

Illegear merupakan pengeluar barangan dan komputer gaming. Hari ini Illegear Malaysia telah melancarkan secara rasmi model Onyx V dan Rouge yang baharu. Kedua-dua model ini hadir dengan cip AMD Ryzen 4000 yang terkini serta spesifikasi yang telah dikemaskini.

Illegear Onyx V

Siri Onyx merupakan komputer riba yang memfokuskan kepada rekaan nipis dan juga premium. Dengan Onyx V, ia hadir dengan binaan aluminium, berat 1.85kg dan tebal hanya 19mm. Paparan Onyx V adalah berukuran 15.6 inci dan turut menyokong kadar segar semula 120Hz.

  • AMD Ryzen 5 4600H / Ryzen 7 4800H
  • 15.6 inci FHD IPS 120Hz INFINIVISION
  • Nvidia GeForce GTX 1650 / GTX 1660 Ti / RTX 2060
  • RAM sehingga 64GB DDR4 3200Mhz
  • 2x M.2 PCIe SSD
  • Papan kekunci RGB dengan satu zon warna
  • 1.85kg, 19mm tebal
  • Aluminium
  • Bermula RM3,499

Illegear Rouge

Siri Rouge pula merupakan komputer riba yang memfokuskan keseimbangan antara spesifikasi dan juga kemudah-alihan. Ia hadir dengan paparan 17.3 inci dan juga slot 2.5″ untuk HDD/SSD namun didatangkan dengan bahan binaan plastik.

  • AMD Ryzen 5 4600H / Ryzen 7 4800H
  • 17.3 inci FHD IPS 120Hz INFINIVISION
  • Nvidia GeForce GTX 1650 / GTX 1660 Ti / RTX 2060
  • RAM sehingga 64GB DDR4 3200Mhz
  • 2x M.2 PCIe SSD + 1x 2.5″ SATA
  • Papan kekunci RGB dengan satu zon warna
  • 2.1kg, 25mm tebal
  • Plastik
  • Bermula RM3,899

Secara keseluruhan spesifikasi prestasi kedua-dua model agak sama. Jika anda memerlukan paparan dan storan lebih besar, Rouge merupakan pilihan yang baik. Jika anda lebih mementingkan rekaan nipis dan ringan, Onyx V lebih tepat untuk pemilihan anda.

Untuk membeli dan mengetahui maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Illegear di sini.

Beli komputer riba Illegear:
Lazada: https://invol.co/clolay
Shopee: https://invol.co/clolb1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress