ILLEGEAR Lancar Komputer Riba Model Terbaru IONIC

Pada permulaan tahun 2020 ini, ILLEGEAR syarikat pengeluar komputer riba berprestasi tinggi tempatan telah melancarkan model terbaru iaitu IONIC. Model terbaru ini menawarkan kepada golongan professional yang melakukan kerja-kerja kreatif.

IONIC dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7-10510U Generasi ke 10 dan kad grafik berkuasa dari NVIDIA GeForce MX250 2GB GDDR5. Memori yang digunakan adalah 16GB DDR4 RAM dan storannya pula menggunakan jenis storan pantas 2x M.2 PCIe SSD. Komputer riba ini hadir dengan skrin 15.6 inci IPS LCD HD yang mampu memaparkan 100% warna SRGB.

illegear ionic

Selain itu, ia hanya seberat 1.45 kg dan 15mm bagi ketebalan dengan rekaan badan yang diperbuat daripada aloi magnesium. Bagi memastikan capaian internet terpantas, ia turut menyokong WiFi 6. Pengalaman audio yang memuaskan pada komputer riba ini didapati melalui sistem audio stereo 2W dan Sound Blaster Cinema 5.

illegear ionic

Lain-lain spesifikasi boleh diteliti dibawah :

  • Cip pemproses Intel Core i7-10510U Generasi ke-10

  • Sistem operasi Windows 10

  • Paparan 15.6 inci FHD IPS

  • Memori 16GB DDR4 RAM

  • Storan 2x M.2 PCIe SSD

  • WiFi 6

  • Kad Grafik NVIDIA GeForce MX250 2GB GDDR5

  • Bateri 92W

  • Pilihan I/O



  1. 1 HDMI 2.0

  2. 1 USB 3.1 Gen. 1 type C

  3. 2 USB 3.1 Gen. 1

  4. 1 USB 2.0

  5. 1 bicu fon kepala

  6. 1 mikrofon

  7. 1 RJ-45 LAN


https://www.youtube.com/watch?v=BtG_FSaZTe8

Model IONIC ini ditawarkan dengan harga RM 3,899. Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi mereka di sini.