Android melalui Samsung selalu 'mengejek' pesaing mereka dengan iklan yang mencuit hati dan dalam masa yang sama, Apple juga tidak ketinggalan untuk membalas dengan iklan yang mendedahkan kelemahan pesaing mereka.
Dengan laporan pembuat cip, TSMC dari Taiwan mengatakan jualan telefon pintar semakin menurun dan ramalan Apple akan menjual peranti iPhone mereka kurang dari tahun lepas, ruangan telefon pintar kekal kompetitif dengan setiap pengeluar cuba memenuhi keperluan pengguna mereka dengan inovasi-inovasi terkini.
Apple hari ini mengeluarkan 2 iklan terbaru yang cuba meyakinkan pengguna Android untuk bertukar kepada sistem operasi telefon pintar mereka, iOS.
https://youtu.be/rsY3zMer7V4
Iklan pertama menunjukkan pengguna lain selain App Store Apple terdedah dengan bahaya dari segi sokongan. Apple memang diketahui mempunyai peraturan ketat mengenai pembangunan aplikasi di dalam App Store di samping mengenakan bayaran kepada pembangun.
https://youtu.be/o3WyhCUsfMA
Iklan kedua pula menonjolkan mod potret yang terdapat di dalam iPhone 7 Plus dan keatas. Mod potret diketahui bukan lagi fungsi eksklusif untuk peranti iPhone kerana mod ini juga boleh didapati untuk peranti Android utama di luar sana.
Berkaitan
- Hukuman Terbaru Google Terhadap Aplikasi Yang Tidak Dibina Dengan Baik Di Play Store
- Google Dilaporkan Sedang Menyiapkan Sistem Berita Diinspirasikan Dari Snapchat
- Apple Failkan Petisyen Terhadap Qualcomm Di Pejabat Paten & Tanda Dagang
- Peranti Telefon Nokia Ini Dijamin Akan Mendapat Kemaskini Hingga Android P
- "iPad Pro Yang Bengkok Memenuhi Piawaian Kami", Naib Presiden Perkakasan Apple
- Laporan Apple Bakal Menggunakan Paparan OLED Untuk iPhone 2019 Jatuhkan Saham Japan Display
- Apple Watch 3 Dalam Fasa Terakhir Ujian Menjelang Pelancaran
- Apple Watch Generasi Pertama Tidak Lagi Disokong Dengan Kemaskini Terbaru
- Apple Bercadang Akan Cuba Menghentikan Perlombongan Dan Menggunakan Bahan Kitar Semula
- Android O Semakin Menghampiri Dengan Siri Terakhir Preview Pembangun Telah Siap