Iklan Samsung Galaxy S10 Disertakan Dengan Panel Pengecas Tanpa Wayar

Memasuki tahun 2019 ini, persaingan dalam pasaran telefon pintar semakin sengit dengan pelbagai fungsi dan ciri dilengkapkan pada peranti, terutama sekali untuk segmen flagship.

Mungkin ada diantaranya dilihat lebih kurang sama dengan pengeluar yang lain, tetapi cara mempromosikan ciri tersebut dengan lebih kreatif boleh menjadi faktor utama bagi menarik pembeli.

Seperti contoh, siri Samsung Galaxy S10 di Singapura diiklankan bersama kebolehan mengecas tanpa wayar. Ia boleh didapati di 10 lokasi hentian bas dalam negara itu.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=6&v=DN6o3Z3B-sQ
Kredit video: HardwareZone SG

Menurut laporan HardwareZone, ia telah dimulakan sejak 27 Mac lalu, dimana iklan berlatarbelakangkan model Galaxy S10 disertakan sekali dengan kebolehan mengecas peranti yang mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.

Kaedah ini sangat menarik untuk mendapatkan liputan lebih meluas bagi ciri Samsung Wireless PowerShare yang tersedia pada siri Galaxy S10 tersebut.

Sumber dan kredit foto utama: HardwareZone SG