Iklan Pixel 3a Menyasarkan Phone X Dengan Membandingkan Harga dan Kelebihan Ciri Kamera

Phone X tu iPhone X lah kot...


Google LLC tidak menunggu lama untuk menyerang Apple menerusi iklan produk terbaru mereka Pixel 3a yang baru sahaja diperkenalkan dalam minggu ini.

Papan iklan besar bagi kempen Pixel 3a telah mula dipasang sekitar bandar utama di Amerika sepertiĀ Washington, D.C.



Apa yang menariknya dalam kempen iklan tersebut adalah Google turut meletakkan gambar yang dikatakan diambil dengan telefon pintar Phone X yang berharga USD999, bersebelahan dengan gambar yang diambil dengan Pixel 3a.

Tujuan kempen iklan tersebut yang dilihat sebagai agresif oleh Google ini jelas mereka sebenarnya menyasarkan telefon pintar iPhone X dari Apple.

Daripada kempen iklan tersebut ia mudah difahami iaitu ada produk yang lebih murah dan lebih baik dari produk yang berharga mahal. Jadi, kenapa bayar lebih....

Sumber: 9TOGoogle

Berkaitan