Iklan Di Facebook Juga Bakal Dikenakan Cukai 6% Bermula 1 Januari 2020

Sebelum ini sudah maklum bahawa pihak Google Malaysia akan mengecaj cukai digital SST sebanyak 6%. Kini, Facebook pula mula memaklumkan pengguna mengenai hal yang sama.

Jadi, secara rasminya bermula 1 Januari 2020, pengiklanan Facebook di Malaysia akan dikenakan caj cukai SST 6%. Mengikut Facebook, cukai 6% adalah dikenakan pada peniaga yang menggunakan alamat di Malaysia.



 

Untuk penjelasan mengenai pengebilan cukai tersebut, Facebook turut melampirkan contoh. Jika anda dicaj sebanyak RM100 sebagai kos iklan, kemudiannya cukai 6% tersebut akan ditambah, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM106.

Disebabkan tahun 2020 hampir menjelang, sudah semestinya lebih banyak lagi syarikat lain yang akan mula memaklumkan pengguna-pengguna servis mereka. Dengan notis dari Facebook ini, diharap para peniaga sudah maklum dengan perubahan yang bakal berlaku nanti,

Sumber: Facebook

 

Berkaitan