Iklan Awal Samsung Galaxy Z Flip Mendedahkan Isu Yang Bakal Dihadapi Penggunanya

Skrin boleh lipat belum sempurna.


Seperti semua sedia maklum, Samsung telah pun pertontonkan iklan video acah bagi model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka yang akan dikenali sebagai Samsung Galaxy Z Flip di acara anugerah berprestij Oscar 2020.

Walaubagaimanapun mungkin ramai yang tidak sedar, di dalam iklan itu Samsung ada memaparkan nota kaki yang menyatakan “You may notice a crease at the center of the main screen, which is a natural characteristic of the screen.”



Apa yang dapat disimpulkan dari pernyataan itu adalah pengeluar telefon pintar masih belum dapat menghasilkan skrin sempurna untuk telefon pintar yang boleh dilipat.

Ini bermakna, kesan garis lipatan seperti yang dinyatakan Samsung itu lama-kelamaan akan jelas kelihatan. Lihat rajah di bawah.



Jadi, adakah anda mahukan peranti dengan kesan garis seperti calar pada skrin peranti pintar anda?

Samsung dijadualkan akan memperkenalkan secara rasmi Galaxy Z Flip di acara khas mereka, Galaxy UNPACKED yang akan berlangsung kurang 6 jam dari sekarang.

Acara itu boleh ditonton secara strim langsung menerusi laman rasmi Samsung.com. Pada acara itu, selain Galaxy Z Flip, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan model terbaru Samsung Galaxy S20.

Sumber: The Next Web