Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IKEA Hanya Jual Bateri Boleh Cas Sahaja Mulai Tahun Hadapan

IKEA Hanya Jual Bateri Boleh Cas Sahaja Mulai Tahun Hadapan

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 5, 2020 oleh ariff bukhari

Bermula bulan Oktober tahun 2021 nanti, IKEA akan memberhentikan penjualan bateri tidak boleh cas semula keluaran mereka.

Ia adalah sebagai usaha mereka dalam menjadikan kehidupan yang lebih baik. Ia dimaklumkan oleh IKEA menerusi kenyataan media baru-baru ini.

“Following IKEA’s commitment to inspire and enable people to live a healthier and more sustainable life at home, all non-rechargeable alkaline batteries will be removed from the global home furnishing range by October 2021” IKEA.

Bateri ALKALISK IKEA amat popular dikalangan pengguna kerana harganya yang murah. Ia dijual pada harga dari RM5.90/10pcs.

IKEA memaklumkan pada tahun 2019 lalu, mereka telah menjual sekitar 300 juta bateri alkaline di seluruh dunia.

IKEA berharap, pemberhentian jualan bateri ALKALISK akan dapat mengurangkan pembuangan bateri di seluruh dunia.

Oleh itu IKEA menggalakkan pengguna supaya menggunakan bateri boleh cas semula bagi menjimatkan wang dan mengurangkan pembuangan bateri.

IKEA ada menawarkan bateri boleh cas semula digedung mereka yang berharga dari RM39.90/4pcs.

IKEA Hanya Jual Bateri Boleh Cas Sahaja Mulai Tahun Hadapan
Bateri boleh cas semula (LADDA) keluaran IKEA.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY