IKEA Melancarkan Koleksi Barangan EFTERTRÄDA

Syarikat perabot rumah dari Sweden, IKEA melancarkan koleksi barangan yang dinamakan EFTERTRÄDA di Harajuku, Tokyo.

IKEA baru sahaja membuka cawangan baru di Harajuku. Sebagai tambahan kepada jualan perabot rumah dan juga bebola daging Sweden, para pengunjung juga dapat menemukan koleksi EFTERTRÄDA di situ.



Koleksi EFTERTRÄDA ini menandakan kerjasama antara IKEA Sweden dan IKEA Jepun. Menurut siaran akhbar, koleksi ini diilhami oleh dan dibuat untuk penduduk Tokyo. Koleksi ini merangkumi, baju T, hoodie, payung, beg tote, set tuala, dan botol air.

Anda boleh lihat melalui gambar-gambar yang diselitkan ini, kesemua barangan ini direka dengan rekaan IKEA yang kemas dan minimalis.



Koleksi IKEA EFTERTRÄDA 2020 akan tersedia untuk pra-penjualan pada 31 Julai di laman web IKEA Jepun, namun harga masih balum dinyatakan. Dalam pada itu, koleksi yang sepatutnya dilancarkan di seluruh dunia ini akan dilancarkan terlebih dahulu di kedai IKEA Harajuku dari 31 Julai hingga 6 Ogos.

Buku digital panduan lengkap orang-orang Tokyo yang menggayakan koleksi ini juga bakal dikeluarkan.



Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi IKEA.

Sumber: Hypebeast & Complex

Baca seterusnya: ‘Project Geländewagen’ – Kolaborasi Virgil Abloh Dan Mercedes-Benz

Berkaitan