IKEA Dan ASUS ROG Kerjasama Tawar Kelengkapan Gaming Mampu Milik

IKEA kini mengumumkan kerjasama dengan ASUS ROG (Republic of Gamers) untuk menghasilkan kelengkapan dan aksesori gaming pada harga mampu milik.

IKEA ASUS ROG

Untuk pembangunan produk, kelengkapan permainan ini akan dihasilkan di Pusat Pembangunan Produk IKEA di Shanghai. Sebagai permulaan bagi proses pembangunan produk, pereka dan jurutera kedua-dua syarikat itu mengadakan beberapa bengkel bersama pemain profesional di Shanghai.

Ia bertujuan bagi mengetahui keperluan pemain untuk mendapatkan pengalaman permainan berkualiti tinggi di rumah. Menurut IKEA,

“By teaming up with ROG, IKEA wants to combine its home furnishing knowledge with ROG’s expertise in creating exceptional gaming experience,”

Dalam pada itu, segmen baru ini bakal menampilkan sekitar 30 barisan produk. Ia dijangka akan diperkenalkan di China pada Februari 2021, sementara pasaran IKEA lain akan tersedia pada Oktober 2021.

Sumber: IKEA