Ijazah Tidak Diperlukan Untuk Mahir Bahasa Pengaturcaraan Komputer - Tim Cook

Bahasa pengaturcaraan komputer boleh dipelajari seawal usia kanak-kanak.


Dalam satu temu-ramah bersama TechCrunch baru-baru ini,CEO Apple Inc, Tim Cook menyatakan bahawa, anda tidak memerlukan ijazah untuk mahir dalam bidang pengkodan aplikasi komputer.

“I don’t think a four year degree is necessary to be proficient at coding, I think that’s an old, traditional view.” Tim Cook.

Kata beliau lagi, sekiranya anda boleh belajar bahasa pengaturcaraan komputer pada usia yang muda dan menyelesaikan masalah sepanjang proses pembelajaran tersebut, anda akan dapat melahirkan seorang pengaturcara muda seperti Liam.

Kenytaan beliau tersebut adalah merujuk kepada pelajar dari Lyman High School yangbernama Liam Rosenfeld yang baru berumur 16 tahun yang telah ditemui beliau baru-baru ini.

Kapsyen: Kredit imej: Orlando Sentinel


Liam merupakan seorang pengaturcara muda yang mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Python seawal umur 7 tahun.

Beliau adalah salah seorang daripada 350 peserta yang dipilih Apple sebagai penerima biasisiwa bagi menghadiri acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen McEnery, San Jose, California bermula dari 3 Jun hingga 7 Jun 2019 nanti.