iFiber-Penyedia Rangkaian Akses Terbuka Di Malaysia

Syarikat start-up telekom, iFiber harini telah melancarkan rangkaian akses terbuka Gigabit pertama di Malaysia yang menawarkan beberapa penyedia perkhidmatan Internet di dalam satu platform.

iFiber bekerjasama dengan rakan industri bagi menawarkan pakej jalur lebar menggunakan rangkaian infrastruktur yang dibina mereka seterusnya menghubungkan beberapa penyedia perkhidmatan (ISP) ke rumah anda.

Setakat hari ini, iFiber telah menyediakan infrastruktur untuk kawasan di Cyberjaya bersama di bawah program Cyberjaya Broadband bersama Setia Haruman Technology Sdn. Bhd, Platinum Core Solution Sdn. Bhd, IDW Design & Build Sdn. Bhd, KITAMEN Resources Sdn Bhd dan Visi Cenderawasih Sdn. Bhd.

 

Kapsyen: KITAMEN bersama Wiser


Kapsyen: Kawasan hijau menandakan iFiber sudah mula beroperasi, kawasan merah menunjukkan kawasan yang menunjukkan minat


Kapsyen: Demo secara langsung menunjukkan prestasi infra iFiber


Kapsyen: Pakej ditawarkan oleh Cyberjaya Broadband


Apa itu Gigacity dan Rangkaian Akses Terbuka?

Dibawah rangkaian akses terbuka, sistem iFiber membolehkan ISPs untuk menawarkan servis jalur lebar simetri mereka dari 100Mbps sehingga 1Gbps di dalam pakej bulanan tanpa kontrak. Untuk pakej kontrak pula, pakej ditawarkan dalam masa hanya setahun.

Untuk menukar pelan atau penyedia perkhidmatan, proses boleh dilakukan di laman sesawang iFiber dan pertukaran mengambil masa hanya dalam 10 hingga ke 20 saat. Dengan rangkaian akses terbuka, iFiber berharap dapat mewujudkan suasana kompetitif diantara ISP di Malaysia dan selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar sehingga 2 kali ganda di negara ini dengan harga yang sama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang iFiber atau laman Facebook untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Berkaitan