IFA 2016 : Qualcomm Melancarkan Peranti VR The Snapdragon VR820





Syarikat Qualcomm kini datang dengan peranti VR mereka iaitu Snapdragon VR820 semasa IFA Trade Show di Berlin hari ini. Qualcomm sebelum ini dikenali dengan beberapa rekaan gajet peralatan rumah kini tampil dengan rekaan terbaru VR. Ianya sebuah peranti VR yang akan menjadi titik tolak kepada revolusi VR dan ianya lebih murah berbanding peranti VR yang berada di pasaran.















VR 820 ini dicipta sebagai headset yang dilihat umpama Samsung dan Oculus Gear VR, mempunyai dua kamera diluar di bahagian depan. Dengan Snapdragon 820, ianya mengunakan platform rujukan dengan eye-tracking, six-axis motion tracking dan mengunakan paparan AMOLED dengan resolusi sehingga 1440x1440.



Headset ini juga mempunyai keupayaan AR yang sempurna dengan dua kamera di luar. AR adalah teknologi Augmented Reality yang mempunyai kebolehan melihat object virtual dengan pandangan mata kasar. Sebagai contoh ianya digunakan di dalam permainan Pokemon Go. Melalui telefon pintar, anda dapat melihat karektor pokemon yang timbul di dalam dunia realiti. VR 820 menggunakan prinsip AR yang sama.



























Nota
Penting: IFA Trade Show adalah Pameran Perdagangan Utama di dunia untuk
barangan elektronik dan peralatan rumah. Ianya berlangsung bermula dari
2 September hingga 7 September yang bertempat di Berlin. Anda boleh
lihat artikel yang telah dilebelkan untuk melihat peranti baru yang
ditayangkan di IFA Trade Show.