Jabra telah mengumumkan bulan lepas tentang dua model fon telinga mereka. Kini mereka datang lagi dengan model terbaru mereka Jabra Elit Sport. Jabra Elit Sport ini dibina tanpa wayar dan tanpa sambungan kord. Ianya dapat mengelakkan daripada isu wayar berbelit belit semasa anda bersenam.



Ianya juga mempunyai fungsi kadar degupan jantung yang dapat menganalisa aktiviti bersenam anda serta mengambil kira kadar denyutan dan nadi. Secara terperinci, peranti ini dapat menyukat jarak perjalanan, kelajuan, jumlah kalori dan banyak lagi.



Seperti model yang sebelumnya, Elit Sport dapat di gunakan melalui aplikasi Sport Life. Ianya mempunyai ketahan air IP67 dan mempunyai waranti selama 3 tahun.Fon telinga ini mempunyai jangka hayat bateri untuk memainkan lagu dan menjawab panggilan telefon tanpa henti selama tiga jam.





Nota Penting: IFA Trade Show adalah Pameran Perdagangan Utama di dunia untuk barangan elektronik dan peralatan rumah. Ianya berlangsung bermula dari 2 September hingga 7 September yang bertempat di Berlin. Anda boleh lihat artikel yang telah dilebelkan untuk melihat peranti baru yang ditayangkan di IFA Trade Show.