Baru baru ini pihak kami telah mengeluarkan satu artikel tentang FES Watch U, sebuah jam pintar e-paper yang di hasilkan di Jepun. Dan hari ini , di IFA 2016, kita akan melihat jam pintar ini secara dekat untuk pertama kali.
Seperti yang di tulis di dalam artikel sebelum ini, FES Watch U mempunyai rekaan gilap yang lebih kemas berbanding versi lama mereka yang di lancarkan pada tahu 2014. Ciri baru yang terdapat pada jam pintar ini adalah rekaan menggunakan bingkai besi yang lebih menonjolkan rupa yang lebih mewah dan eksklusif.
Ia datang dengan jangka hayat bateri selama 3 minggu dan ianya boleh di rekaan pada bahagian muka dan gelang tangan mengikut cita rasa masing masing menggunakan aplikasi di telefon pintar. Dilihat ianya lebih baik berbanding versi asal model ini. Jam pintar ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober ini.
Nota
Penting: IFA Trade Show adalah Pameran Perdagangan Utama di dunia untuk
barangan elektronik dan peralatan rumah. Ianya berlangsung bermula dari
2 September hingga 7 September yang bertempat di Berlin. Anda boleh
lihat artikel yang telah dilebelkan untuk melihat peranti baru yang
ditayangkan di IFA Trade Show.