Idea 'Sarang Tebuan' Drone Dari Amazon Ini Sangat Cool!

Amazon hari ini sudah memfailkan paten reka bentuk banggunan untuk tempat berkumpul drone yang digunakan sebagai penghantar barang mereka.

Pada tahun 2013, Amazon memperkenalkan drone bernama Prime Air, sebuah servis penghantaran barang dengan menggunakan khidmat drone.



Permohonan paten ini dibuat pada Disember 2015 dan ianya sudah diterbitkan secara rasmi oleh U.S. Patent and Trademark Office hari ini.



Jika dilihat daripada reka bentuk stesen atau pangkalan drone Prime Air mereka, ianya seakan-akan sarang tebuan dengan bentuk banggunan silinder. Ianya juga turut mengintegerasikan dengan perkhidmatan trak di bahagian bawah.

Setelah drone digunakan untuk menghantar barang, ianya akan pulang semula ke drone centre dan berpangkalan di situ untuk pengecasan sebelum meneruskan tugas seterusnya.

Menurut Amazon, mereka mahu memfokuskan perkhidmatan barang di beberapa lokasi bandar pilihan yang dilihat penghantaran dengan menggunakan lori dan trak adalah sesuatu yang tak masuk akal lagi.

Amazon mula membuat penghantaran drone pertamanya di U.K. pada Disember 2016. Syarikat itu merancang untuk memperluaskan perkhidmatan tersebut terutamanya di negara eropah kelak.

Sumber: The Guardian