Icon Motorsports Memodifikasi Model Motorsikal Suzuki Katana 2020 Berilhamkan Gundam

Pengeluar aksesori dan kustomasi motorsikal dari Amerika Syarikat, Icon Motorsports telah berpeluang memodifikasi sebuah model motorsikal terbaru dari Suzuki iaitu Suzuki Katana 2020 dengan berinspirasikan kepada rekaan robot Gundam.

Kapsyen: Sumber: Rideicon


Bagi memodifikasi motor tersebut, Icon Motorsports hanya diberikan masa selama 30 oleh pihak Suzuki USA.

Ia merupakan cabaran besar kepada Icon Motorsports kerana kebiasannya mereka akan mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan bagi menyiapkankan sesebuah motorsikal kustom.

Kapsyen: Sumber: Rideicon


Keseluruhan warna pada motorsikal Suzuki Katana itu diwarna dengan berinspirasikan karektor utama robot Gundam terawal iaitu Gundam RX-78-2.

Selain itu, mereka turut menaik taraf beberapa peralatan utama motor tersebut seperti menaik taraf sistem suspensi, ekzos dan tayar motor.

Kapsyen: Sumber: Rideicon


Icon Motorsports juga menamakan Suzuki Katana ini dengan nama "Brand New Jack".

Penghasilan Brand New JackĀ telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan perniagaan Icon Motorsports termasuklah Nitron, EBC Brakes, LeoVince, Central Auto Body dan Suzuki.

Sumber: Ride Apart