Ibu Bapa Sanggup Bayar Pengajar Untuk Latih Anak Bermain Fortnite

Permainan video dan mudah alih sebelum ini hanya dianggap sebagai hiburan dan sekadar mengisi masa senggang.

Namun peredaran masa menyaksikan ia semakin dipandang serius oleh sesetengah orang.

Sepertimana yang dilaporkan oleh Wall Street Journal, kini terdapat ibu bapa yang tidak kisah mengeluarkan wang hanya untuk melatih anak-anak mereka bermain permainan Fortnite.

Alasannya adalah ibu bapa terbabit tidak mahu anak-anak mereka tewas dan dimalukan dalam permainan berkenaan.

Disamping itu, ada juga ibu bapa yang mempelajari permainan  tersebut dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tenaga-tenaga pengajar Fortnite boleh ditemui dimedia sosial  atau laman web khusus dengan yuran sekitar $20 (~RM81.61) sejam.

Salah satu laman yang menawarkan khidmat latihan mendakwa mereka telah melatih lebih daripada 1400 orang pemain sejak Mac yang lalu.

Sumber: Wall Street Journal via IGN