YouTube Tambah Ciri Baru Untuk Pantau Anak-Anak

YouTube hari ini melancarkan ciri baharu dalam platform perkhidmatan video mereka.

Ciri baharu ini adalah 'Supervised Accounts' atau akaun yang diselia yang membolehkan ibu bapa untuk pantau aktiviti anak-anak mereka ketika menggunakan YouTube.

Akaun ini adalah untuk anak-anak yang berumur 10 hingga 14 tahun dan remaja.

Dengan ini, ibu bapa mempunyai tiga tetapan yang boleh dipilih iaitu:

  • Explore - untuk anak-anak berumur 9+

  • Explore moreuntuk anak-anak berumur 13+

  • Most of YouTubemenawarkan akses kepada segala kandungan kecuali kandungan yang sensitif dan yang terhad kepada umur


Pendekatan ini dilakukan kerana ibu bapa merasakan YouTube Kids hanya sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil.

Kapsyen: YouTube Kids


Selain itu, anak-anak yang sudah meningkat remaja, keperluan dan keinginan mereka sudah berbeza.

Tambahan lagi, YouTube masih mahukan remaja-remaja ini terus kekal bersama YouTube dan mengelakkan mereka beralih kepada platform yang lebih menyeronokkan iaitu TikTok.

Walau bagaimanapun, 'supervised account' ini masih dalam peringkat awal beta dan akan diperluaskan kepada umum tidak lama lagi.

Sumber: pcmag