IBM Sudah Melengkapkan Pengambilalihan Red Hat

Reading Time: 1 minute

Pengambilalihan Red Hat oleh IBM sudah dilaporkan sejak  Oktober tahun lalu lagi dan ia telah dimuktamadkan tempoh hari.  Merupakan salah satu pembelian terbesar sepanjang masa membabitkan syarikat teknologi dengan nilai mencecah USD 34 bilion, ia dilihat sebagai langkah IBM dalam melebarkan sayap dalam perkomputeran awan.

Menurut IBM, syarikat perisian itu akan tetap diterajui oleh CEO, Jim Whitehurst dimana setelah ambil alih berlangsung, beliau akan menyertai pengurusan kanan IBM dan bertanggungjawab melapor secara terus kepada CEO IBM, Ginni Rometty.

Diasaskan pada tahun 1993, Red Hat yang mengkhususkan kepada sistem operasi Linux, perisian sumber terbuka paling popular serta pilihan alternatif selain penawaran perisian dari Microsoft.

Gabungan dua gergasi teknologi ini dinyatakan bakal menawarkan “a next-generation hybrid multicloud platform” yang berasaskan kepada teknologi sumber terbuka seperti Linux.

Sumber: Reuters

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *