Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2nm ibm

IBM Perkenalkan Teknologi Cip 2nm Pertama Di Dunia

Diterbitkan Mei 7, 2021 oleh ariff bukhari

International Business Machines Corporation (IBM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya membangunkan teknologi cip 2nm pertama di dunia.

Teknologi cip itu didakwa adalah 45% lebih pantas dari cip 7nm yang ada di dalam komputer dan telefon ketika ini serta 75% lebih jimat tenaga.

Malah cip 2nm itu juga adalah lebih pantas berbanding cip pemprosesan 5nm yang ada ketika ini.

Walaubagaimanapun, cip 2nm tersebut tidak akan tiba dalam masa terdekat ini. Sebaliknya IBM menjangkakan ia hanya akan tiba dalam pasaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ini kerana teknologi cip 2nm yang ditunjukkan IBM itu masih dalam peringkat pembangunan awalnya iaitu hanya blok asas bagi transistor cip sahaja yang bertindak seumpama suis on/off (buka/tutup) bagi digit binari komputer 1 dan 0.

Semakin kecil sesebuah cip akan menjadikan ia lebih pantas dan lebih jimat tenaga. Tetapi cabarannya adalah menangani kebocoran elektron apabila suis sepatutnya ditutup.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY