IBM Cipta Lidah Elektronik "Hypertaste", Boleh "Rasa" Pelbagai Cecair

IBM sebelum ini ada diberitakan telah berjaya melengkapkan pengambilalihan Red Hat dan disebut sebagai antara pembelian syarikat teknologi terbesar sepanjang masa dengan nilai $34 bilion.

Perkembangan lain mengenai gergasi teknologi tersebut, mereka kini tampil dengan penciptaan teknologi 'lidah elektronik' yang boleh digunakan untuk menjalankan "ujian rasa" pelbagai jenis cecair termasuk yang berbahaya.

https://www.youtube.com/watch?v=7Re-G3_Y1s4

Diberi nama Hypertaste, ia berkebolehan melakukan analisis cecair yang lebih mendalam pada pelbagai sebatian disamping keperluan kelengkapan yang minimum. Perkara ini dikatakan dapat memudahkan saintis yang tidak mempunyai akses kepada peralatan makmal yang lebih canggih.

Dibangunkan dengan sokongan kecerdasan buatan (AI), Hypertaste dilengkapi dengan pelbagai sensor elektrokimia terdiri daripada elektrod.  Ia akan "merasa" kombinasi molekul yang hadir didalam cecair dan akan mengeluarkan isyarat voltan tertentu.

Kapsyen: Aplikasi Hypertaste


Menurut IBM, keseluruhan proses yang dijalankan mengambil "masa kurang daripada seminit" dan analisa keputusan boleh diakses secara pantas menerusi aplikasi pada telefon pintar.

Sumber: IBM