Hyundai akhirnya sedar menguruskan dua buah
aplikasi yang mempunyai fungsi hampir sama adalah sesuatu perkara yang kurang
bijak. Kini, mereka menggabungkan kedua-dua buah aplikasi itu menjadi satu,
MyHyundai bersama Blue Link. Aplikasi yang terbaru ini merupakan kombinasi
aplikasi lama iaitu Blue Link dan Car Care. Blue Link merupakan aplikasi yang
memfokuskan kepada servis sambungan kereta, manakala Car Care membantu pemandu
kereta mengakses jadual baik pulih serta menghubungi pembantu jalanraya.
Sebelum ini anda perlu log masuk untuk dua
aplikasi, Blue Link dan Car Care. Namun sekarang anda tidak perlu bersusah
payah lagi kerana anda cuma perlukan satu log masuk sahaja untuk menggunakan
MyHyundai bersama Blue Link. Aplikasi terbaharu ini juga turut diisi dengan
video cara menyelenggara kereta model tahun 2016.
Jika anda ingin mengakses pakej lengkap
ciri itu seperti contoh penghidup enjin kawalan jauh dan pengunci kereta, anda
perlulah melanggan servis sambungan kereta dari Hyundai. Walaupun begitu, jika
anda tidak mahu melanggan, aplikasi tersebut akan memberi alternatif lain apa
yang perlu anda lakukan. Terdapat juga mod guest-user
yang membolehkan anda mencari tempat-tempat menarik, stesen minyak dan kawasan
parkir.
Hyundai berjanji untuk menambah beberapa
ciri lain pada aplikasi tersebut tetapi tidak mahu mengumumkannya lagi.
MyHyundai bersama Blue Link boleh di gunakan pada dua platform telefon pintar
samada iPhone ataupun Android. Berita sedih buat pengguna telefon pintar
Windows kerana anda tidak boleh mengakses aplikasi Hyundai ini.
Berkaitan
- Bagi Pastikan Kesalinghubungan Internet Di IPT, RM50 Juta Telah Diperuntukkan
- Digi Tawar Data Percuma Kepada Pelanggan Pasca Bayar. Tamat Hari Ini!
- #MWC2019 - HTC Pertontonkan Vive Pro Eye, Vive Cosmos, Vive Focus Plus
- Google Maps Menjadi Lebih Mudah Dengan Arahan Bergambar Dari Google Street View
- Mi Smart Band 5 Versi Global Akan Ditawarkan Bermula Julai
- Samsung Galaxy A90 Mungkin Dilengkapi Kamera Pop-Up
- Huawei Mate 10 Boleh Dimiliki Pada Harga Bawah RM2000
- Aplikasi Tudder - "Tinder" Untuk Lembu
- Huawei Pelopori Bidang Baru, Mengambil Inspirasi Dari Syarikat Penerbangan
- Microsoft Bawa Aplikasi Android Ke Windows