HyppTV Selepas Ini Akan Dikenali Sebagai UniFi TV

Seperti yang kita sudah maklum, Telekom Malaysia sudah mengambil langkah menjenamakan semula perkhidmatan-perkhidmatan mereka dibawah satu nama iaitu Unifi.

Bermula pada 12 Januari nanti, perkhidmatan HyppTV dan HyppTV Everywhere bakal menggunakan nama baru iaitu unifi TV dan unifi playTV.



Langkah penjenamaan semula TM sudah dimulakan pada tahun lepas lagi dengan perubahan nama rangkaian Webe dipaparan telefon pintar, diikuti penukaran nama TM Wifi, dan penjenamaan terakhir sekali dibuat pada November lepas yang mana Streamyx kini dikenali sebagai Broadband, melaluinya pelanggan pula dipanggil dengan nama "Pengguna Pra-Unifi".

Walaupun berlaku perubahan pada nama produk, kandungan perkhidmatan masih sama.

Sumber: Amanz.my