HyperX Umumkan Tetikus Gaming Pulsefire FPS Pro RGB

HyperX sebuah divisi di bawah Kingston Technology Company Inc. yang dikenali dengan produk berorientasikan gaming telah mengumumkan Pulsefire FPS Pro RGB.



Tetikus yang disasarkan untuk pemain permainan FPS seperti PUBG, CS:GO dan Fortnite ini menggunakan sensor Pixart PMW3389 dan suis Omron dengan jangka hayat sehingga 20 juta kali click. Ia menampilkan enam butang yang boleh diprogramkan dan memori dalaman bagi menyimpan 3 profil yang boleh ditukar melalui perisian HyperX NGenuity.

Pulsefire FPS Pro RGB mempunyai binaan ergonomik dan berat yang minimal bagi pengguna cengkaman claw atau palm. Ia mempunyai 3 tahap DPI; 800, 1600 dan 3200 yang sedia ada diprogramkan untuk capaian mudah.



Dengan berat sebanyak 95 gram, kabel braided dan cengkaman tepi tidak licin menjadikan HyperX Pulsefire FPS Pro RGB sebagai calon tetikus gaming terbaik di luar sana.

Dijual dengan harga permulaan $59.99 (RM 242.64) dan disertakan dengan warranti selama 2 tahun dari HyperX.