HyberCube merupakan satu inovasi stesen pengecasan yang menyokong ciri-ciri pengecasan wayar, fungsi bantu tidur serta aplikasi atau dikawal oleh skrin sentuh.
Projek ini dihasilkan oleh Brooklyn, United States dan ia masih dalam bentuk prototaip.
Pengecasan tanpa wayar HyperCube boleh mengecas tiga peranti dalam 1 masa dan mampu mengecas iphone 50% lebih cepat manakala bagi peranti Samsung ia boleh dicas 2x lebih cepat daripada pengecas biasa. Ia boleh berubah bentuk dari kiub ke rata.
Selain itu, lampu yang terdapat pada HyberCube juga boleh digunakan sebagai lampu tidur, untuk membaca serta kita boleh tentukan warna dan juga mengawal kecerahan lampu tersebut. HyberCube turut disertakan dengan bunyi penggera dan pembesar suara.
Mereka juga telah mengeluarkan HyberCube Ultimate yang datang dengan ciri "Bluetooh Speaker Base", "Power Bank" dan Bluetooh LED Nightlight".
Reka bentuk HyberCube Ultimate yang terbaru, semakin mencuri tumpuan. Hal ini kerana, pembesar suara diletakkan di empat penjuru HyberCube Ultimate dan ia membolehkan kita mendengar muzik dari semua arah. Hybercube Ultimate ini direka yang membolehkan kita melihat video, atau drama sambil mengecas telefon pintar.
HyberCube merupakan sebuah reka bentuk dengan keupayaan multifungsi dan ciri-ciri yang dimasukkan dalam reka bentuk tersebut menjadikan ia sesuatu yang menarik perhatian masyarakat di luar sana.
https://www.youtube.com/watch?v=UGzMZAA9bF0
Sumber: Indiegogo
Berkaitan
- Inilah Telefon Android Dengan Rakaman Video Terbaik
- Senarai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terbaik Di Bawah Harga RM 1,000(Setakat Ini)
- Celcom Xpax Beri Internet Percuma Setiap Hari, Ini Cara Untuk Dapatkannya
- Pengkritik iPhone Tempatan Ini Kongsi Cara Bagaimana Untuk Jadi Pengguna Google Pixel 3 Terawal
- Mari Ketahui Di Mana Sambungan Internet Yang Ada Pada Hari Ini Bermula
- Beberapa Kosa Kata Baharu Yang Perlu Anda Tahu
- Bagaimana Untuk Mendapat Akses Internet Di Luar Negara Dengan Bijak
- Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave
- Charger Pro- Pengecas "Fast Charging"
- SliderMini-Menghasilkan Rakaman Video Seperti Golongan Professional