Hyper Boost - Teknologi Untuk Mempertingkan Keupayaan & Prestasi Peranti Dari OPPO

Jika sebelum ini kita melihat Huawei memperkenalkan teknologi GPU dan CPU Turbo untuk memacu prestasi dan kebolehan peranti ke tahap lebih tinggi, kini OPPO pula melakukan perkara yang sama.

Teknologi Hyper Boost daripada Oppo ini didakwa akan meningkatkan prestasi sistem, termasuklah ketika bermain permainan video.



Berbanding dengan CPU dan GPU Turbo,  Hyper Boost ini dikatakan akan mengoptimumkan prestasi peranti sehingga 31.91% lebih pantas. Malah, ia bukan sahaja menfokuskan permainan mudah alih, namun turut menyokong aplikasi-aplikasi popular yang lain.

Teknologi ini akan mula disediakan untuk peranti-peranti terpilih dalam beberapa bulan mendatang, dengan Oppo R17 dan R17 Pro dikatakan menjadi peranti terawal yang menggunakannya.

Jika kesan teknologi GPU dan CPU Turbo tidak dapat dikesan secara jelas sebelum ini, diharapkan agar perubahan yang dibawa oleh Hyper Boost ini dapat dilihat dengan lebih ketara.

 

Sumber : Gadgets360