Hunter Keluarkan “The Signal” Kipas Siling Pintar.













Berikutan dari penangguhan
beberapa bulan yang lepas, Hunter telah melancarkan kipas siling pintar yang
disokong oleh platform Apple Homekit. Kipas yang diberi nama The Signal itu
dijual dengan harga sekitar $379 dipasaran. Dengan Apple Homekit, anda boleh
mengawal kipas secara kawalan jarak jauh dengan hanya menggunakan peranti Apple.





Tetapan The Signal boleh diubah
kepada automatik dimana kipas akan berfungsi mengikut suasana yang kita
mahukan. Seperti contoh, “bedtime” lampu akan dimalapkan dan kelajuan kipas
akan menjadi perlahan. Bagi “goodbye” pula lampu dan kipas akan dimatikan
serentak.




Antara yang menarik bagi kipas siling ini, anda
boleh mengawal dengan hanya menggunakan Siri ,aplikasi arahan suara yang cukup
sinonim bagi pengguna barangan Apple. Bilah kipas The Signal merupakan kayu
berwarna coklat kehitam-hitaman yang disambung dengan logam tahan karat.