Hukuman Terbaru Google Terhadap Aplikasi Yang Tidak Dibina Dengan Baik Di Play Store

Selama ini Google telah mencuba memberi masa kepada pembangun aplikasi utnuk membangunkan aplikasi yang berkualiti namun usaha itu tidak selalunya berhasil.

Sehubungan itu, gergasi carian itu telah merangka pelan baru untuk menangani aplikasi yang bermasalah ini dari segi kestabilan dan juga penggunaan kuasa yang tidak effisien.

Google akan mula untuk mengurangkan pendedahan aplikasi-aplikasi ini tadi di Play Store.

Untuk yang sedia maklum, tidak semua aplikasi dicipta dengan sama, dan itu menyukarkan lagi keadaan untuk Android.

Sementara Apple pula mengawal ketat bagi sesiapa yang hendak meletakkan aplikasi mereka di App Store, berbeza pula dengan Google.

Pendekatan Google itu telah menarik ramai pembangun untuk cuba membangukan aplikasi mereka menyebabkan kadang-kala kualiti aplikasi yang dibangunkan tidak berkualiti tinggi.

Di Google I/O tahun ini, syarikat itu telah memberi komitmen tentang perkara ini dalam meningkatkan kualiti Android dan prestasi keseluruhan peranti.

Mereka memperkenalkan Android Vital yang memfokuskan tentang kelajuan, keselamatan, dan juga kestabilan bukan sahaja untuk pengguna tetapi untuk pembangun juga.

Pembangun boleh melihat markah tentang aplikasi mereka dari segi kestabilan, masa render, dan juga penggunaan bateri.

Dari markah-markah ini, pihak Google akan cuba menapis aplikasi yang bermasalah dan cuba untuk mengurangkan pendedahan mereka di dalam Play Store.

Dengan berjuta aplikasi yang terdapat di Play Store, Google cuba menampilkan satu bentuk piawaian yang boleh menigkatkan pengalaman pengguna semasa melawat ke Play Store.

Sumber