Kini dilaporkan pula desakan oleh Majlis Ulama Aceh (MPU) yang mendesak supaya pihak berkuasa di Wilayah Aceh supaya melaksanakan hukuman sebat ke atas pemain permainan video atas talian yang berunsur ganas seperti PUBG.
Menurut MPU, hukuman sebat wajar dilaksanakan kerana permainan video bersifat ganas adalah haram mengikut Undang-Undang Kanun Jenayah, Qanun Jinayat, di wilayah berkenaan.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman Syariah seperti pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai.
Walaupun isu fatwa pengharaman permainan PUBG adalah kontroversi di Indonesia, namun ia tidak menghalang Bigetron Red Aliens iaitu pasukan PUBG dari Indonesia untuk memenangi kejuaran dunia di kejohanan Fall Split Global PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang diadakan di Kuala Lumpur Disember tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Berkaitan
- iPad Pro 2019 Mungkin Akan Dilengkapi Rekaan Kamera Sepertimana iPhone 11 Pro
- Langgan Unifi Home Atau Unifi Biz Dan Nikmati Langganan Percuma Unifi Sehingga 31 Disember 2019
- Cip Pemprosesan A13 Untuk iPhone 2019 Akan Dihasilkan Dengan Teknologi EUV
- U Mobile Menawarkan Pelan Jalur Lebar Ultra Mudah Alih Tanpa Had
- Apple Menghasilkan Topeng Muka "Mask Pro"?
- Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019
- Anda Akan Boleh Menonton Acara Istimewa Apple 2019 Menerusi Laman YouTube
- Huawei Malaysia Menawarkan Jualan Diskaun Sehingga 50% Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019
- Menara Diguna Maxis, Celcom, Digi, Dan U-Mobile Yang Terbakar Sedang Dibaik Pulih
- Pelanggan Unifi Mobile Bakal Nikmati Data 5G Percuma Tanpa Had Dan Berpeluang Terima Rebat RM50