Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-10-20 at 6.07.01 PM

Huawei Y7a Diperkenalkan Pada Harga RM799 Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 20, 2020 · Dikemas kini Oktober 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Keluarga Y bagi siri telefon pintar Huawei di tanah air kini menerima sebuah lagi model baru iaitu Huawei Y7a. Disasarkan kepada pengguna muda, peranti ini bakal dijual bermula 30 Oktober depan.

Bagi spesifikasi, ia didatangkan dengan paparan 6.67 inci dengan resolusi 2400 x 1080. Kamera swafoto ditempatkan pada rekaan berlubang dimana sensor 8MP digunakan.

Screenshot 2020-10-20 at 5.59.32 PM

Rakaman belakang pula menampilkan kuad sensor terdiri daripada 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan 2MP makro. Menguasakan dari dalam adalah cip Kirin 710A bergandingan dengan memori RAM 4GB serta storan 128GB. Bagi lebih simpanan, peranti ini menyokong kad MikroSD sehingga 512GB.

Screenshot 2020-10-20 at 6.03.48 PM
Screenshot 2020-10-20 at 6.03.44 PM
Screenshot 2020-10-20 at 6.03.40 PM

Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dengan kuasa pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W melalui port pengecasan USB-C. Huawei menyediakan tiga pilihan warna Huawei Crush Green, Blush Gold dan Midnight Black.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY