Huawei Y6p telah dijual dalam pasaran tempatan bermula 16 Mei lalu dengan harga yang ditawarkan pada RM 559. Ia merupakan peranti kelas permulaan yang memfokuskan kepada skrin dan juga kapasiti bateri yang bersaiz besar.

Di bawah ini adalah reaksi awal dan pendapat kami mengenai Huawei Y6p yang kami terima.

Apa yang ada dalam kotak?

Seperti biasa, setelah kotak dibuka anda akan melihat kandungan kotak seperti di bawah:

IKLAN
  • Huawei Y6p
  • Sarung pelindung
  • Pengecas
  • Kabel pengecasan mikro USB
  • Fon telinga
  • Kad jaminan
  • Manual pengguna

Rekaan

Unit Huawei Y6p yang kami terima adalah berwarna Phantom Purple. Peranti ini ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Purple, dan Emerald Green

Pertama kali memegang Huawei Y6p, rekaannya kelihatan agak ketinggalan. Di setiap sisi peranti juga kelihatan tebal dan kosong.

Pada bahagian kanan dimuatkan dengan butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi. Apabila ditekan kedua-dua butang ini, kualitinya seperti kurang kemas dengan kedengaran bunyi bising dari dalam.

Bergerak ke bahagian kiri, ia hanya memuatkan slot SIM yang menggunakan 3 slot dan bukannya jenis hibrid.

Bahagian bawah dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm, port pengecasan mikro USB, dan pembesar suara. Bahagian atas pula terdapat mikrofon dan pembesar suara. Seperti kebanyakan peranti kelas permulaan, Y6p hanya menyokong pembesar suara mono.

Di belakang peranti terdapat modul kamera dengan tiga lensa serta pengimbas cap jari.

Spesifikasi

Huawei Y6p hadir dengan skrin berukuran 6.3 inci berpanelkan LCD HD+. Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P22. Boleh dikatakan penggunaan cip ini agak ketinggalan untuk tahun 2020.

Ia dimuatkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang menyokong tambahan storan sehingga 512GB. Sepertimana peranti-peranti Huawei lain, ia hadir dengan AppGallery melalui perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10.

Pada bahagian kamera, Y6p dimuatkan dengan tetapan tiga kamera, terdiri daripada 13MP utama, 5MP sudut lebar, 2MP depth. Terdapat takuk kecil di bahagian hadapan yang dilengkapi dengan sensor swafoto 8MP.

Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5,000mAh. Pengecas yang disertakan adalah dalam bentuk 2 pin 10W. Kabel pengecasan hanya didatangkan dengan mikro USB.

Sampel Gambar

Berikut adalah sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei Y6p.

Kesimpulan

Menawarkan skrin dan kapasiti bateri yang besar, ia mungkin melengkapi untuk kegunaan harian tanpa penggunaan yang berat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei Y6p, nantikan ulasan penuh tidak lama lagi.

Beli HUAWEI Y6p melalui:
Lazada (https://invol.co/clr28b)
Shopee (https://invol.co/clr28g)