https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/3160668503994698/
Huawei Y6p hadir dengan panel IPS LCD HD+ dalam saiz 6.3 inci. Pada paparan juga terdapat takuk kecil yang memuatkan lensa swafoto 8MP.
Untuk kamera belakang, ia mempunyai 13MP utama, 5MP sudut lebar, dan 2MP depth. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.
Cip yang digunakan adalah MediaTek Helio P22 berserta RAM 4GB. Storan dalaman ditawarkan sebesar 64GB dan boleh ditambah melalui sokongan kad microSD.
Menariknya, bateri berkapasiti besar 5,000mAh namun tidak semuanya indah kerana peranti turut mempunyai lubang pengecasan micro USB. Sepertimana peranti-peranti Huawei lain, ia hadir dengan AppGallery melalui perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10.
Peranti ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Purple, dan Emerald Green. Huawei Y6p dijual di Malaysia berharga RM 559 dan boleh didapati bermula 16 Mei 2020 kelak.
Sumber: Huawei Malaysia
Berkaitan
- Telefon Pintar Huawei Dengan Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Bakal Tiba Tahun Hadapan
- Wanita Pengsan Selama 3 Hari, Namun Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan Telefon Huawei Miliknya
- Harmony OS 2.0 Diperlihatkan Untuk Telefon Huawei - Masih Sokong Aplikasi Android Dengan Antaramuka Lebih Lancar
- Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 - Lebih Murah Berbanding Watch GT 2
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- Sony Dan Omnivision Syarikat Seterusnya Diberikan Lesen Untuk Berurus Niaga Sensor Kamera Kepada Huawei
- Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini
- Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Jadi Peranti Pertama Rasmi Untuk Guna Rangkaian 5G Di Malaysia
- Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099
- Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Dijangka Terus Menjunam Untuk Tahun 2021