Huawei X Gentle Monster Eyewear II Tiba Di Malaysia 30 Oktober Ini Berharga RM 1799

Selepas pelancaran beberapa produk pada minggu lepas, Huawei Malaysia umum kaca mata pintar Eyewear II tiba buat pasaran Malaysia pada 30 Oktober.



Eyewear ini merupakan hasil kolaborasi antara Huawei dengan jenama kaca mata terkenal dari Korea Selatan, Gentle Monster. Ia hadir dengan rekaan yang nipis, ringan dan bekas simpanan serba baru.

Pembesar suara pada Eyewear II juga telah dinaik taraf. Dengan rekaan baru, ia beri rangkaian lebih luas serta mengurangkan kehilangan audio sebanyak 12dB.



Turut dilengkapi ciri sentuhan yang memberikan kawalan bunyi audio muzik, mengaktifkan arahan suara serta menjawab dan mematikan panggilan.

Ia ditawarkan dengan kaca mata hitam (black) atau kaca mata optik (graphite black) dan dijual pada harga RM 1,799 pada 30 Oktober mulai 10.08 pagi di Huawei Experience Store dan kedai dalam talian Huawei.