Huawei Watch GT 2 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM799

Pada pelancaran siri Mate 30 di Munich 20 September yang lalu, Huawei turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka Huawei Watch GT 2. Perkara yang sama juga turut dilakukan Huawei Malaysia hari ini untuk pasaran tempatan dimana peranti ini akan dijual pada tanda harga bermula RM799.



Huawei Watch GT 2 ditawarkan dengan dua pilihan saiz iaitu 42mm dan 46mm dengan paparan dari jenis OLED 1.2 inci serta 1.39 inci.

Kapsyen: 42mm


Membezakan lagi antara kedua-dua model ini adalah kapasiti RAM dengan versi 42mm dilengkapi RAM 16MB sementara 46mm lengkap bersama RAM 32MB. Kedua-dua model ini menyediakan storan dalaman bersaiz 4GB dan ia akan dikuasakan dengan cip Kirin A1 yang menjanjikan penggunaan kuasa rendah serta sambungan Bluetooth lebih stabil dengan jarak sehingga 150 daripada telefon pintar.

Kapsyen: 46mm


Dari segi jangka kuasa bateri, jam tangan pintar dari Huawei dimuatkan dengan bateri 455mAh yang mampu menjangkau 14 hari atau 30 jam dalam mod GPS. Harga-harga jualan adalah dari RM799 sehingga RM899.