Huawei Watch Fit Ditawarkan Di Malaysia Berharga RM499

Huawei baru sahaja melancarkan tablet terbarunya dan kini mereka menambah lagi peranti di bawah ekosistem Huawei dengan memperkenalkan Huawei Watch Fit.



Jam pintar ini disasarkan kepada golongan yang aktif bersukan kerana ia hadir dengan 96 mod bersenam seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal. Jika anda inginkan bimbingan ketika bersenam, terdapat juga fungsi Quick-
Workout Animation.

Watch Fit ini hadir dengan paparan AMOLED 1.64 inci dengan rekaan segi empat memanjang dan mempunyai bezel yang kecil. Ia juga memberikan pengguna untuk memuat naik 5 gambar dari telefon pintar ke jam ini untuk dijadikan watch faces.



Tambahan lagi, jam pintar ini mempunyai ketahanan bateri selama 10 hari dengan sekali cas. Warna yang ditawarkan adalah Sakura Pink dan Graphite Black dan dijual pada harga RM499 bermula 9 September.