Huawei Uji Sistem Operasi Google Fuchsia di Telefon Honor Play

Siapa sangka setelah lama menyepi, sistem operasi mobil dari Google, Fuchsia kini sekali lagi menjadi tajuk dalam persada teknologi dunia.

Terbaru, komit pada kod sumber operasi itu mendedahkan sistem operasi itu kini sedang diuji menggunakan telefon Honor Play. Ini bermakna pembangun-pembangun sedang menggembangkan sokongan sistem operasi itu kepada telefon pintar yang menggunakan cip Kirin keluaran Huawei.

Berita baiknya, sistem operasi itu berjaya hidup di telefon pintar terbabit yang memberi makna Fuchsia juga mungkin boleh hidup di telefon-telefon cip Kirin970 yang lain seperti Mate 10, P20, P20 Pro dan Honor 10.

"Berjaya hidupkan zircon pada telefon pintar Honor Play dengan cip kirin970", tulis jurutera Huawei pada komit awam terbabit. Namun pembangunan berkenaan tidak menceritakan lanjut apakah sistem operasi berjaya berjalan dengan jayanya di dalam Honor Play.

Dari komit tersebut, kita boleh lihat Huawei menunjukkan komitmen terhadap projek Google ini dan mungkin akan terus menyokongnya.

Ramai yang berspekulasi bahawa Fuchsia tidak lama lagi akan menggantikan Android sebagai sistem operasi telefon pintar. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Fuchsia akan turut menggantikan Chrome OS.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rupa Fuchsia, boleh tengok video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=7yiAqqy--wg