Huawei Uji AppSearch, Mudahkan Pengguna Muat Turun Aplikasi Tanpa Google Play Store

Setiap kali telefon pintar baru Huawei dilancarkan, sebahagian pengguna masih bertanyakan adakah ia mempunyai Google Play Store. Ini kerana rata-rata pengguna bergantung pada aplikasi tersebut beserta aplikasi GMS yang lain.

Walaupun mempunyai AppGallery, penawaran aplikasi pada platform tersebut masih belum meluas. Ini membuatkan pengguna mengambil langkah memasang aplikasi secara sideload yang dimuat turun daripada pelbagai laman web.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, Huawei sedang membangunkan aplikasi dikenali sebagai AppSearch dan ia sedang diuji di Jerman.



Ditawarkan kepada umum pada halaman Huawei AppGallery negara itu, AppSearch dinyatakan bakal memudahkan pengguna memuat turun aplikasi kegemaran seperti Facebook atau WhatsApp.

Menurut XDA-Developers, muat turun menerusi AppSearch dihalakan dari laman web seperti APKMirror, APKMonk, APKPure, Amazon App Store, Huawei AppGallery dan halaman rasmi aplikasi itu sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=khWteywYChE&feature=emb_title

Penawaran aplikasi popular tersebut juga bergantung kepada beberapa buah negara seperti,

  • Austria

  • Kanada

  • China

  • Cyprus

  • Republik Czech

  • Perancis

  • Jerman

  • Ireland

  • Latvia

  • Belanda

  • Sweden

  • United Kingdom

  • Amerika Syarikat


Sumber: Huawei Jerman via XDA-Developers