Huawei Tidak Umum Markah DxOMark Siri Mate 20 Kerana Ia Terlalu Tinggi

Siri Mate 20 telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober lalu yang berlangsung di London. Ia kemudiannya dibawa masuk untuk pasaran China kelmarin. Timbul sedikit persoalan dalam kalangan peminat dimana pada kedua-dua acara pengenalan, Huawei tidak berkongsi markah DxOMark bagi sistem kamera siri Mate 20.

Menjawab persoalan itu, Huawei menyatakan mereka memang tidak mempunyai rancangan untuk mendedahkan markah keempat-empat model siri Mate 20 (termasuk edisi Porsche) yang diperolehi dari platform DxOMark.



Menurut Huawei, markah yang berjaya diraih itu terlalu tinggi dan mereka tidak mahu mengumumkannya kepada peminat buat masa sekarang. Markah itu mungkin diperlihatkan kepada umum sebagai daya penarik bagi pemasaran peranti pada suatu masa yang tidak dinyatakan.

Salah satu model yang dilihat mampu memberikan prestasi tinggi adalah Huawei Mate 20 Pro dimana ia dilengkapkan dengan tiga lensa kamera  dari gabungan lensa 40MP+20MP+8MP.

Ketika ini, carta DxOMark dipegang oleh keluaran terdahulu iaitu Huawei P20 Pro.

Sumber: GizmoChina

Kredit gambar utama: ABS News