Huawei Terus Kuasai Carta Penilaian Fotografi DxOMark Melalui Mate 20 Pro

Carta DxOMark yang menilai kualiti fotografi yang ada pada sesebuah peranti telefon pintar baru-baru ini telah mengeluarkan penyenaraian baharu mereka.

Seperti yang dijangka, Huawei terus menguasai carta apabila model premium terbaru mereka, Mate 20 Pro menerima markah tertinggi dengan 109 markah.

Kapsyen: DxOMark


Bagaimanapun, ia gagal memintas "saudara" mereka, Huawei P20 Pro apabila markah yang diperolehi oleh kedua-dua model adalah sama.

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan Mate 20 Pro akan menewaskan P20 Pro, namun ramalan itu ternyata kurang tepat.

Kapsyen: DxOMark


Selain itu, model-model baharu lain yang turut berada dalam senarai terkini adalah termasuk iPhone XS Max(105) yang berada di tempat kedua sambil Xiaomi Mi Mix 3(103) di tangga ketiga.

Dalam pada itu, pemerhati berpendapat DxOMark mungkin perlu mengemaskini protokol ujian mereka memandangkan pengeluar hari ini semakin memberi fokus kepada sensor sudut luas untuk dipasang pada peranti mereka.

Mungkinkah kita akan dapat melihat peranti dari pengeluar lain untuk menguasai carta ini selepas acara MWC 2019 bulan hadapan? Ia amat menarik untuk dinantikan.

 

Sumber: DxOMark