Huawei Terima Jemputan India Untuk Adakan Percubaan Teknologi 5G

Beberapa hari yang lepas, syarikat dari China, Huawei telah memberi kata dua kepada kerajaan Amerika mengenai kerjasama antara kedua belah pihak dalam membangunkan teknologi 5G. Dalam pada itu, kerajaan India nampaknya telah mengambil langkah awal dengan menjemput Huawei untuk mengadakan percubaan teknologi 5G di negara mereka.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Huawei di India, Jay Chen. Selain Huawei, kerajaan India juga dilaporkan telah menghubungi pihak Ericsson, Nokia, Samsung, Cisco dan NEC untuk tujuan yang sama.



Menurut Chen, kerajaan India bercadang untuk memperuntukkan spektrum 100 megahertz untuk ujian tersebut. Pihak Huawei berminat untuk menjalankan percubaan di Delhi dan sebuah lagi bandar yang tidak dinyatakan.

Huawei sebelum ini telah berjaya mencapai kelajuan jalur lebar sehingga 3 Gbps melalui jalur spektrum 3.5 GHz. Ia diperolehi semasa menjalankan satu ujian dengan syarikat Bharti Airtel di India awal tahun ini.

Kerajaan India bercadang untuk melancarkan sambungan 5G ini secara komersial pada tahun 2020. Diharapkan kerajaan Malaysia juga mengambil perhatian mengenai perkara ini agar kita tidak terus ketinggalan dalam dunia siber global di masa akan datang.

 

Sumber