Huawei Tawarkan Pelbagai Tema Baharu Berinspirasikan Malaysia Untuk Peranti Mereka

Setiap peranti keluaran Huawei masa kini akan dipasarkan dengan aplikasi Huawei Theme tersedia dipasang di dalam peranti. Aplikasi tersebut menawarkan pelbagai pilihan tema menarik untuk digunakan oleh pengguna peranti mereka.

Terbaharu, mereka telah bekerjasama dengan KDU University College bagi menghasilkan tema baharu yang berinspirasikan negara yang kita cintai, Malaysia.



Tema-tema berkenaan adalah merupakan hasil kerja kreatif daripada pelajar-pelajar kolej KDU serta para pereka lain. Ia dihasilkan bersempena dengan pertandingan reka cipta tema, Love
Our Malaysia Themes Design, yang dianjurkan baru-baru ini.

Dalam pada itu, tiga orang pemenang utama bagi pertandingan tersebut telah dipilih oleh ilustrator dan artis digital terkemuka negara, Chong Fei Giap. Beliau juga adalah merupakan pengasas bagi Loka Made Gallery



Antara pilihan tema yang dihasilkan ialah merangkumi tema yang berkonsepkan makanan popular tempatan, bangunan mercu tanda serta watak-watak lagenda tanahair.

Bagi pengguna Huawei, anda boleh mula mendapatkan tema-tema menarik ini melalui aplikasi Huawei Themes yang ada pada peranti anda. Untuk perkembangan lanjut mengenai perkara ini, anda boleh ikuti Facebook rasmi Huawei Malaysia.

 

Sumber: Huawei Malaysia