Huawei Tambah Lagi 5 Peranti Ke Dalam Senarai Yang Akan Dikemaskini Kepada Android Q

Laporan-laporan sebelum ini galak memberitakan bahawa Huawei sedang mempersiapkan sistem operasi mereka sendiri. Ia sedikit menimbulkan tanda tanya kepada pengguna, apakah nasib yang bakal dialami peranti sedia ada.

Sebelum ini Huawei telah menyenaraikan 11 model yang bakal dikemaskini kepada Android Q dan terbaru, jumlah peranti telah ditambah lagi menjadikannya kepada 16 buah.

Antara peranti yang bakal menerima sokongan Android Q bertambah kepada 16 buah peranti (yang sebelum ini 11 peranti sahaja) seperti berikut:

  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 20 RS

  • Huawei Mate 20 X

  • Huawei Mate 10 Pro

  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 10

  • Huawei Mate 10


Senarai peranti terdahulu:

  • Huawei P30 Pro

  • Huawei P30

  • Huawei P30 Lite

  • Huawei Mate 20 Pro

  • Huawei Mate 20

  • Huawei Mate 20X 5G

  • Huawei P Smart 2019

  • Huawei P Smart+ 2019

  • Huawei P Smart Z

  • Huawei P20 Pro

  • Huawei P20


Dalam menjawab status hubungan antara Huawei dan Google, pengasas dan merangkap CEO kepada syarikat ini, Ren Zhengfei, dalam temubual bersama CNBC mengatakan jika peranti-peranti dari Huawei tidak mendapat sokongan Android, maka Google akan kehilangan berbilion pengguna sekaligus mendapat kerugian di dalam perniagaan mereka.

Walaupun tiada tarikh pengeluaran yang rasmi, tetapi sudah semestinya dengan berita ini ia dapat melegakan sedikit rasa ingin tahu peminat serta pemilik peranti Huawei.

Baca lagi - Huawei Telah Meningkatkan Kedudukannya Di Dalam BRANDZ RANKING 2019

Sumber: Giz China, XDA