Huawei Siri P20 - Peranti Bermata Tiga Sudah Mendarat di Malaysia

Pada tarikh 4 April 2018, syarikat pengeluar produk telekomunikasi dari China, Huawei telah secara rasmi melancarkan telefon pintar kelas perdana terbaru mereka, Huawei P20 dan P20 Pro untuk pasaran Malaysia. Huawei yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar baharu pada hampir setiap bulan, telah memperkenalkan kedua-dua model ini  buat kali pertama di Paris pada 27 Mac yang lalu.



Pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Convention Centre itu, peranti Huawei P20 Pro, telefon pintar dengan tiga kamera utama pertama di dunia telah diperkenalkan kepada umum buat pertama kali di sini. Dilengkapi dengan kamera utama 40MP (RGB) + 8MP (Telefoto) + 20MP (Monokrom), Huawei P20 Pro boleh diisytiharkan sebagai telefon pintar yang  memiliki kemampuan kamera terbaik di dunia buat masa kini, menurut DXOMark Mobile. Kamera model ini turut akan  hadir dengan sokongan zoom optikal sehingga tiga kali dan zoom hibrid sehingga 5-kali. Bagi kamera hadapan pula, Huawei P20 Pro akan menggunakan kamera HD penuh 24MP.



P20 Pro juga mampu untuk merakam video pada kualiti 2160p, 1080p dan 720p. Keupayaan untuk merakam video secara gerak pelahan dengan 960fps serta ciri AI yang telah dinaiktaraf juga akan memberi kepuasan maksima kepada pengguna.



Selain daripada keupayaan mengambil gambar dengan kualiti yang sangat baik, Huawei P20 Pro juga akan hadir dengan memori 6GB RAM, storan sebesar 128GB tanpa slot kad memori, 6.1 inci skrin OLED dengan resolusi 2240 x 1080 piksel, bateri berkuasa 4000 mAh serta EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.



Huawei P20 juga turut dilancarkan pada majlis yang sama. Model ini dilengkapi dengan 12 MP (RGB) +20 MP (Monokrom) dari Leica optik untuk dwi-kamera utama dan juga 24 MP HD penuh bagi kamera hadapan. Model P20 juga mampu untuk keupayaan  merakam video yang sama seperti P20 Pro. Berbeza dengan P20 Pro, peranti P20 akan menggunakan skrin bersaiz 5.8 inci RGBW LCD dengan resolusi yang sama seperti P20 Pro. Dari segi memori dan storan pula, model ini akan hadir dengan 4GB RAM dan 128 GB storan tanpa slot kad memori. Huawei P20 ini pula akan dikuasakan dengan bateri 3400 mAh dan juga EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.



Siri P20 ini turut memiliki beberapa ciri yang sama seperti akan  menggunakan set cip Huawei Kirin 970 dengan Unit Pemprosesan Neural selain memiliki dua slot kad sim yang kedua-duanya menyokong sambungan LTE. Selain itu, P20 dan P20 Pro juga hadir dengan keupayaan mengecas Huawei SuperCharge 4.5V/5A bersama dengan bicu audio serta sambungan USB-C 3.1. Kedua-dua model ini juga boleh menggunakan peranti audio terbaru dari Huawei, Freebuds dan juga Huawei Active Noise Cancelling Earphone.



Anda boleh mula mendapatkan produk keluaran terbaru Huawei ini bermula 6 April dengan harga pasaran RM 2,599 untuk model Huawei P20 dan RM 3,299 untuk model Huawei P20 Plus. Terdapat tiga pilihan warna untuk keda-dua model ini iaitu merah jambu keemasan (pink gold), biru (midnight blue) dan hitam.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh ke pengedar sah Huawei berhampiran dengan anda atau boleh menghadiri Huawei P20 roadshow yang akan dianjurkan di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang pada 6-8 April ini bertempat di LG Floor, Blue Concourse, Sunway Pyramid serta Sunway Carnival Mall, P.Pinang dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih dari RM 999 termasuk Huawei P20 Pro apabila membuat belian di program tersebut.

Anda juga boleh mengunjungi kedai atas talian rasmi Huawei di Lazada, Vmall serta Shopee untuk mendapatkan kedua-dua peranti terbaru ini.