Huawei Sengaja Mengusik Samsung Dalam Video Teaser Mate 10

Selepas phablet flagship Note 8 diplancarkan, Huawei pula mengorak langkah dalam memperkenalkan phablet flagship mereka iaitu Huawei Mate 10.

Huawei Mate 10 seperti yang anda tahu bakal membawakan rekaan dwi-kamera seperti sebelum ini. Peranti ini juga akan tergolong dalam barisan model Huawei yang dibina dengan sensor buatan Leica,  Huawei P9/P9 Plus, Huawei Mate 9/Mate 9 Pro and the Huawei P10/P10 Plus.

[embed]https://twitter.com/HuaweiMobileAU/status/900534720001220608?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gsmarena.com%2Fhuawei_first_teaser_mate_10-news-26917.php[/embed]

Dilihat Huawei seperti sengaja mahu mencabar pesaing besar mereka Samsung yang baru sahaja memperkenalkan Galaxy Note 8 minggu ini. Anda juga dapat saksikan #beyondthegalaxy dalam gambar diatas yang secara jelas merujuk kepada Note 8 khususnya.

[embed]https://twitter.com/HuaweiMobile/status/899994790581940224?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gsmarena.com%2Fhuawei_takes_a_dig_at_samsung_in_latest_ifa_teaser-news-26879.php[/embed]

Huawei membawakan slogan "Do what matters". Dalam video teaser di atas, mereka nampak sengaja mengusik Samsung dengan memotong perkataan "Bigger", merujuk kepada kempen "Do Bigger Things" Note 8 yang membawakan skrin gergasi 6.3 inci.



Peranti ini akan diperkenalkan pada 16 Oktober ini. Huawei juga dikhabarkan bakal mengetengahkan ciri pembantu suara mereka sendiri. Sama-sama kita saksikan pertembungan antara dua model ini.

Sumber