Huawei Sedang Berusaha Membangunkan Platfom Seperti Google Play Store Khusus Untuk HongmengOS

CEO Huawei sedar HongmengOS tidak mampu menandingi Android mahupun iOS jika tiada alternatif kepada Google Play Store dan App Store.


Ketika bercakap kepada French publication Le Point, Ketua Eksekutif Huawei, Ren Zhengfei berkata beliau  mengakui bahawa Huawei kekurangan alternatif yang serius bagi menandingi platfom Google Play Store dan Apple App Store.

Walaupun beliau menguar-uarkan bahawa sistem operasi HongmengOS yang dibangunkan mereka adalah jauh lebih pantas dari Android, tetapi beliau terpaksa akui bahawa mereka tiada alternatif bagi menggantikan stor yang dimiliki Google dan Apple itu.

Jadi, beliau memaklumkan bahawa mereka kini sedang berusaha membangunkan platfom alternatif tersebut khusus untuk digunakan pada HongmengOS nanti.

Laporan sebelum ini mendakwa HongmengOS tidak terhad sebagai sistem operasi untuk telefon pintar sahaja. Tetapi juga ia mampui digunakan pada peranti lain seperti router (penghala), suis rangkain, tablet, komputer, pusat data mahupun kereta.

Malah CEO Huawei juga mendakwa sistem operasi tersebut adalah 60% lebih pantas daripada sisitem operasi Android yang ada sekarang serta lebih pantas dari sistem operasi komputer Apple macOS.

Sumber: CNET